» » Mengapa jawapan SRC International berkaitan salah guna RM4 bilion KWAP sama kabur sahaja macam jawapan 1MDB ?


Penafian SRC International Sdn Bhd mengenai salah guna pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dibidas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan kenyataan SRC International seperti mengikut jejak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila seringkali membuat penafian kabur.‎

"Ia seperti SRC mengikut jejak 1MDB, seringkali membuat kenyataan tetapi penafiannya tidak khusus pada soalan.

"Soalannya ringkas, adakah SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya Gandingan Mentari, dan adakah kemudiannya dipindahkan kepada Ihsan Perdana?

"Jawapannya patut ya atau tidak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .