» »Unlabelled » Khairy ramal BN berkemungkinan goyang menjelang PRU14 jika graf sokongan rakyat Malaysia semakin merudum


Khairy Jamaluddin Abu Bakar meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berada dalam keadaan yang bermasalah sekiranya graf sokongan pengundi tidak meningkat.

Ketua Pemuda BN itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang akan memberikan cabaran terbesar kepada gabungan pemerintah itu.

"PRU 14 adalah bapa segala pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya sama ada hidup atau mati. Kita semua tahu dari 2008 hingga 20013 graf semakin turun.

"Kalau tak reverse trend ini, PRU14, BN dalam masalah besar," kata menteri belia dan sukan itu ketika berucap pada Persidangan Pemuda MIC Kebangsaan di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, BN mempunyai masa kira-kira 2 tahun setengah untuk mengetepikan segala kemelut perpecahan, sambil merujuk kepada MIC yang baharu pulih daripada krisis dalaman mereka.

"Hari ini kita lihat kebangkitan semula MIC di bawah Subra (Datuk Seri Dr S Subramaniam).

"Kita ada 2 tahun setengah untuk ketepikan segala kemelut perpecahan. Tahun lepas untuk kembalikan keyakinan pemuda India untuk MIC dan BN. Saya selalu percaya pada MIC, walaupun ada parti komponen dan lain-lain, tapi undi utama kaum India tetap datang daripada MIC," katanya.

Dalam ucapannya itu Khairy memberi tips untuk MIC bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan 8 perkataan bagi kunci prinsip “MIC YOUTH” yang membawa maksud; Moderation (kesederhanaan), Intellectual (intektual), Compassionate (ihsan), Youthful (keremajaan) , Organise (teratur), Unity (bersatu), Trustworthy (kepercayaan), Hands-on (menunjuk ajar).

Mengulas lanjut 8 kata kunci tersebut, katanya, ramai berpendapat sikap kesederhanaan dalam berpolitik itu tidak penting dan akan dilihat lemah – seolah-olah ingin menjaga hati semua pihak.

"Saya nak beritahu dalam Malaysia tak ada cara lain untuk fikir selain daripada kesederhanaan.

"Kalau nak jadi hero di kalangan kaum sendiri boleh jadi popular. Tapi adakah anda akan dihormati?" soal ahli Parlimen Rembau penggal kedua itu.

Khairy turut menasihatkan supaya pemimpin-pemimpin memberikan hujah intelektual kepada rakyat supaya mereka tidak menjadi bahan ketawa masyarakat, kerana rakyat Malaysia hari ini semakin bijak.

"Kalau dulu boleh bagi ucapan tak ada fakta logik akal, hujah dan anggap orang untuk terimanya. Kalau dulu kata kena berterima kasih kepada BN, kalau tak, tak bagi air, elektrik.

"Cuba sekarang, jumpa mereka di kawasan luar bandar, tengok apa dia cakap. Duit datang dari mana?," katanya sambil berkata intelektual tidak semestinya memerlukan mereka yang menuntut sehingga ke peringkat universiti.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, pemimpin perlu mempunyai sikap keihsanan terhadap kesusahan rakyat dengan meletakkan diri mereka di tempat rakyat itu sendiri dan menekankan kepercayaan daripada rakyat amat penting untuk dijaga.

"Rakyat pandang tinggi kepada pemimpin yang boleh dipercayai dan amanah. Sangat penting.

"Jika anda hilangnya, amat sukar untuk memperolehnya semula. Perkara paling susah dalam politik," katanya.

Katanya, pemimpin juga tidak boleh bersikap seperti "kucing parsi" dengan tidak turun padang dan hanya memberi amaran.

"Kalau sendiri tak faham, tak boleh jadi pemimpin yang efektif.

"Ingatlah prinsip-prinsip tersebut," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .