» » Kerajaan anggar kutipan GST untuk tahun 2015 bernilai RM23.2 bilion


Hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan diumum semasa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata berdasarkan Bajet 2015, kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion.

"Pelbagai barang dan perkhidmatan telah dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion," katanya ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (PKR-Seremban) di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya pelbagai pakej bantuan diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, masing-masing sebanyak satu mata peratusan.

Menjawab soalan tambahan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Chua (kiri) berkata bagi tempoh April sehingga kini, kerajaan telah membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak TM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.

Katanya kumlah tuntutan cukai input yang difailkan oleh syarikat-syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja telah meningkat setiap bulan dan mencecah 41 peratus.

"Pada masa sekarang, terdapat juga yang salah mengisi borang. (Namun begitu) Kerajaan juga tidak mengenakan kompaun kerana buat masa ini kita di peringkat untuk memberi bimbingan," katanya.

Kerajaan bayar balik cukai input RM4.5 bilion


Beliau turut menolak dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar balik tuntutan yang dibuat oleh syarikat-syarikat terbabit.

"Jika kerajaan tiada wang mereka tidak akan dapat bayar 'refund' sebanyak RM4.5 bilion. Dari segi pelaksanaan GST kita semua sedia maklum ia adalah secara permulaan.

"Maka secara permulaan bukan sahaja dari segi cukai 'refund' saja tetapi dari segi 'filing' atau pematuhan untuk membuat 'filing' pada masa yang ditetapkan juga menghadapi masalah," katanya.

Menurut Chua, memandangkan urusan bayaran balik GST ini pertama kali dilakukan, maka pelbagai kesilapan dilakukan termasuk dalam urusan pengisian borang.

"Tetapi dari segi pemulangan cukai, yang menepati 14 hari meningkat setiap bulan. Data pada masa sekarang ini menunjukkan bahawa yang mematuhi tempoh 14 hari dan ke bawah sudah mencecah 41 peratus, namun masih ada ruang untuk pembaikan itu," katanya lagi.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .