Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), masih dirawat di hospital.
Keadaannya dikatakan lebih baik berbanding sebelum ini walaupun tekanan darah sedikit rendah.
"Keadaan Khairuddin lebih baik dari sebelum ini walaupun tekanan darah dia sedikit rendah. Tetapi belum ada apa-apa keputusan dari doktor bila beliau boleh keluar.
"Atas permintaan kita (peguam) dan atas kebenaran ASP Muniandy kita dibenarkan melawat beliau," kata seorang peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad.
Akhmal berkata demikian ketika menemani seorang lagi peguam Khairuddin, Matthias Chang, yang sekali lagi dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, berhubung kes bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu.
Khairuddin dimasukkan dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 23 September, lapan hari lalu, selepas demam panas dan disyaki denggi.
Beliau sedang ditahan polis bawah Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara.
Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis di lima negara – Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong – berhubung dakwaan skandal 1MDB.
No comments: