» » » » Kerajaan sentiasa cuba halang semua soalan yang ditanya berkaitan skandal 1MDB


Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan mereka untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, mereka menghantar banyak soalan mengenai syarikat tersebut yang didakwa terbabit dengan skandal mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak tanpa sebarang alasan.

"Ini konsisten dengan cubaan untuk memadamkan soalan 1MDB. Ini yang kita risaukan,” kata pemimpin Parti Amanah Negara itu di lobi Parlimen, hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .