» » Kementerian Pendidikan pertimbang ganti hari persekolahan akibat jerebu


Kementerian Pendidikan akan memaklumkan keputusan mengenai sama ada sekolah yang ditutup akibat jerebu perlu menggantikan hari persekolahan mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.

"Ada dua (perkara yang perlu dilihat), sama ada cuti atau sekolah diarah tutup. Kalau cuti, ia perlu diganti, kalau diarah tutup, persekolahan mungkin tidak perlu diganti.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan menteri pendidikan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Robotik Kebangsaan 2015 di Universiti Sains Malaysia hari ini.

Sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak ditutup sebelum ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Mengenai pertandingan robotik itu, Kamalanathan berkata pertandingan tersebut bertujuan mempromosi pendidikan berteraskan rekacipta dan inovasi kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pertandingan tersebut anjuran Jabatan Pendidikan Pulau Pinang disertai 176 pasukan dari seluruh negara, yang juaranya akan mewakili Malaysia ke kejohanan World Robotic Olympiad 2015 di Doha, Qatar bulan November ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .