Putrajaya melanggar konvensyen Parlimen apabila melengahkan jawapan mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau kesal dengan tindakan itu kerana ia bukan amalan biasa Parlimen.
"Biasanya jawapan lisan Parlimen akan diberikan, bukan di sini namun di luar negara juga. Saya tidak tahu apabila kita tanya soalan bukan saja tidak beri jawapan namun ditangguhkan.
"Ia tidak mengikut amalan Parlimen. Saya amat kesal kerana mereka enggan menjawab pertanyaan kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Kritikan Lim itu susulan daripada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman yang Putrajaya akan menjawab kesemua soalan mengenai derma RM 2.6 bilion pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
"Soalan tersebut akan dijawab bersamaan dengan semua soalan lain yang mempunyai nama sama, mengikut tarikh ditetapkan pada sidang Parlimen ini," memetik jawapan lisan Azalina kepada ahli Parlimen Bagan dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Kedua ahli Parlimen pembangkang itu menghantar soalan yang hampir sama termasuk dari mana sumber, bagaimana ianya digunakan, penerima dan baki derma tersebut.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengkritik jawapan Putrajaya dengan berkata kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengetahui punca penerimaan derma tersebut.
"Ianya berkaitan dengan isu derma, rakyat hendak tahu punca wang tersebut dari mana disalurkan, tapi sekarang kerajaan pusat enggan memberi jawapan.
"Jadi kalau begitu bilakah mereka akan menjawab soalan kami? Saya pasti mereka mempunyai jawapan cuma kita persoalkan mengapa perlu menangguhkan.
"Ini sepatutnya diberikan keutamaan," katanya.
sumber

No comments: