Matthias Chang menyoal bagaimana menemani anak guam membuat laporan polis dianggap sebagai jenayah mensabotaj ekonomi Malaysia, di mahkamah hari ini, di mana beliau dan bekas pemimpin Umno mahu menyemak semula dakwaan terhadap mereka kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Chang yang bercakap di kandang mahkamah berkata beliau menemani anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ke empat balai polis di luar negara dan Jabatan Peguam Negara Switzerland tetapi tidak faham bagaimana tindakan mereka dikatakan percubaan untuk mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Malaysia.
"Saya terkejut timbalan pendakwa raya mendakwa sebagai kesalahan berbentuk keselamatan negara hanya kerana pergi ke tampat-tempat ini," kata peguam itu dan menambah beliau "terkejut" dengan dakwaan dikenakan.
Chang, peguam selama 39 tahun berkata, pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang pendakwaan itu.
Kedua-dua tertuduh hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Hussein untuk menyemak semula pendakwaan kerana dituduh mensabotaj ekonomi Malaysia di bawah Kanun Keseksaan.
sumber
No comments: