» » 4 kawasan di Melaka dan Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat pada malam 2 Oktober 2015


Nilai di Negeri Sembilan merupakan kawasan terbaharu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu dengan bacaan 101 setakat 9 malam ini, berbanding bacaan 91 pada 2 petang tadi.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, 3 kawasan lain yang masih merekodkan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan 101 dan Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan 110.

Port Dickson merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 96 berbanding bacaan IPU tidak sihat 103 petang tadi.

Sementara itu, sebanyak 32 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 14 lagi merekodkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .