» » 27 kawasan IPU tak sihat setakat 10 malam 23 Oktober 2015


Sejumlah 27 kawasan direkodkan sebagai tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dicatatkan di kawasan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah iaitu 142 setakat 10 malam ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Seberang Jaya 2, Perai (141) dan USM, Pulau Pinang (132), Kuala Selangor (128), Pelabuhan Kelang (126), Langkawi, Seri Manjung (124), Perlis dan Perai, Pulau Pinang (122), Alor Setar (121).

Shah Alam (119), SMK Tanjung Chat, Kota Baru, SK Jalan Pegoh, Ipoh (115), Kota Tinggi, Johor (110), Tanjung Malim, Banting (108), Sri Aman, Petaling Jaya, Putrajaya (107), Batu Muda, Kuala Lumpur (106) Nilai (105), Bukit Rambai, Melaka (103), Seremban (102) dan Tanah Merah, Kelantan (100).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .