» » 17 kawasan IPU tidak sihat gara-gara kembalinya Jerebu 2015 pada 19 Oktober 2015


Jerebu kembali melanda negara apabila 17 kawasan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Seremban iaitu pada 181 setakat jam 8 pagi ini.

Ia diikuti dengan Tawau pada bacaan 154, Larkin Lama (137), Muar (130), Pasir Gudang (105), Bandaraya Melaka (151), Rambai (150) , Nilai (148), Port Dickson (150), Banting (154), Pelabuhan Klang (136), Petaling Jaya (125), Shah Alam (132) dan Kemaman (102).

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU turut menunjukkan kawasan tidak sihat di Batu Muda (145), Cheras (120) dan Putrajaya (136).

Keadaan yang kembali berjerebu ini menyebabkan sekolah di Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Tawau, Samarahan dan Kuching diarahkan ditutup hari ini.

Bacaan IPU 101 hingga 200 dianggap tidak sihat manakala bacaan di bawah 50 adalah baik, 51-100 sederhana, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.


Sebelum ini, sekolah di kawasan yang mengalami jerebu teruk terpaksa ditutup beberapa kali bulan lalu dan awal bulan ini, berikutan kebakaran hutan dan pembakaran tanah ladang di Indonesia.

Kira-kira 7,000 sekolah ditutup pada 5 dan 6 Oktober selepas IPU menunjukkan keadaan kualiti udara berbahaya di Shah Alam dan tidak sihat di bahagian lain di negara ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .