Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang ini berbanding 19 kawasan pada 9 pagi tadi.
Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 139, diikuti Port Dickson (127); Pasir Gudang (126); Kota Tinggi (124); Shah Alam (123); Nilai (122); Banting (121); Bukit Rambai (120).
Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan 118, Batu Muda (112); Putrajaya dan Seremban masing-maing 110; Petaling Jaya (109); Kuala Selangor (107); Samarahan dan Larkin Lama masing-masing 106.
Balok Baru di Kuantan, Paka dan Kemaman yang mencatatkan bacaaan IPU tidak sihat pada sebelah pagi menurun kepada IPU sederhana dengan bacaan masing-masing ialah 98, 94 dan 98.
Sebanyak 24 kawasan lagi turut mencatat tahap IPU sederhana termasuk Sri Manjung dan Seberang Jaya 2 masing-masing 98; Cheras, Kuala Lumpur (95); Muar (90); Kampung Air Putih, Taiping (92); Jerantut (83) dan Perai (82).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
sumber
No comments: