» » Zeti gesa tangani segera persepsi buruk selepas Malaysia diberi penarafan ‘status sampah’ sama seperti Brazil


Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menggesa pihak bertanggungjawab supaya menangani persepsi buruk yang diterima negara selepas penarafan "status sampah" (junk status) oleh pelabur yang menyamakan Malaysia setaraf Brazil.

Katanya, langkah yang sama seperti ketika negara berdepan krisis kewangan Asia pada 1998 perlu dilakukan apabila menjelaskan mengenai keadaan sebenar negara kepada pelabur.

"Ia bukan dilakukan agensi penarafan. Ia bergantung kepada kita untuk menyampaikan cerita kita kepada pasaran. Sama seperti apa yang kita lakukan sebelum ini.

"Semasa krisis kewangan Asia, banyak perkara diperkatakan tentang Malaysia, tapi pada 1999, kurang setahun selepas krisis itu, kita beritahu kepada dunia cerita kita," kata Zeti kepada media di Sasana Kijang hari ini.

Menurut Zeti, dengan mengambil langkah tersebut, para pelabur akan berupaya menilai sendiri kekuatan negara ini.

"Oleh itu, ini yang kita mesti lakukan. Jadi, pelabur akan lihat bagaimana kita menilai situasi kita dan seterusnya membuat penilaian mereka sendiri," katanya.

Minggu lepas, agensi berita Bloomberg melaporkan, berdasarkan data daripada agensi penarafan Moody’s Corp, pelabur melihat 6 negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan kepada "status sampah" (junk status), sama seperti Brazil.

Moody juga pada minggu lepas meletakkan Malaysia pada gred A3, tapi pelabur melihat ia sepatutnya lebih rendah 6 tahap pada Ba3, sedikit lebih buruk daripada Peru menurut pandangan pelabur yang memberikan negara itu gred Ba2.

Pelabur melihat Malaysia lebih baik satu anak tangga berbanding Afrika Selatan pada gred peminjam B1 dan sedikit lebih baik daripada Bahrain, Turki dan Kazakhstan pada gred B2.

Data Moody menjelaskan gred Ba1 hingga B3 sebagai kategori sampah (junk).

Putrajaya ketika ini berdepan krisis kepercayaan dan keyakinan, khususnya membabitkan isu syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).





About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .