» » Najib Razak dakwa bermain golf dengan Obama ketika banjir melanda pantai timur Semenanjung kerana kepentingan rakyat Malaysia


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghargai hubungan baiknya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, yang menurutnya dijalinkan di luar kerangka rasmi.

Bercakap kepada pelajar Malaysia di New York, perdana menteri berkata ini antara sebab beliau boleh bermain golf dengan Obama "selama 4 jam".

Dengan berseloroh, Najib berkata beliau merupakan satu-satunya perdana menteri Malaysia yang bermain golf dengan presiden AS itu, menurut seorang pelajar Malaysia yang memberitahu The Malaysian Insider.

Pelajar itu turut memetik Najib sebagai berkata beliau menjalinkan hubungan mesra dengan Obama demi Malaysia.

Najib kini di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 yang bermula 1 Oktober.

Dalam sesinya bersama pelajar Malaysia, beliau turut mengingatkan mereka tidak mempercayai segala yang diterbitkan di blog dan portal berita.

Najib, yang kini menghadapi dakwaan dalam dan luar negara berhubung salah urus firma milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengadakan pertemuan itu di Konsulat Malaysia di New York semalam.

Beliau juga berdepan tekanan berhubung RM2.6 bilion "derma politik" yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, dan masih belum menjelaskan ke mana wang itu walaupun mendakwa ia disimpan sebagai wang amanah bagi pihak Umno dipimpinnya.

Sesi golf bersama Obama Disember tahun lalu menerima kritikan hebat kerana diadakan ketika banjir paling buruk di semenanjung, yang memaksa beribu-ribu orang terutama di Kelantan berpindah dan hilang tempat tinggal. Ramai antara mangsa banjir dikatakan masih tidak ada tempat tinggal.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .