» » SPRM sedia kerjasama dengan PDRM dalam kes Justo


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap pengakuan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, jika terdapat kewajaran, kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata PDRM boleh meneruskan siasatan sekiranya menemui unsur berkaitan rasuah dalam kes berkenaan kerana mereka juga mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes berunsur rasuah.

"Namun, sekiranya PDRM berpendapat kes tersebut wajar disiasat SPRM, SPRM bersedia bekerjasama dengan pihak polis serta memohon bantuan pihak polis mendapatkan akses bagi mendapatkan keterangan daripada Justo yang ditahan di penjara Thailand," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam berkata PDRM perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pengakuan Justo.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .