» » ‘Perhimpunan baju merah’ hanya jadikan orang Melayu sebagai bahan ketawa


Matlamat "perhimpunan baju merah" pada 16 September ini adalah kebudak-budakan dan hanya akan menjadikan orang Melayu sebagai bahan ketawa, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata perhimpunan itu seharusnya menjadikan desakan kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai keutamaan jika ia benar-benar mahu menebus maruah bangsa Melayu.

Tetapi sebaliknya, perhimpunan itu hanya berhasrat memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak bersikap kurang ajar berikutan perhimpunan Bersih 4 dan bertujuan menunjukkan kekuatan orang Melayu dengan berkumpul dan menjerit di jalanan .

"Kedua-dua alasan untuk perhimpunan baju merah ini kebudak-budakan dan keanak-anakan serta hanya akan membuat orang Melayu menjadi bahan ketawa masyarakat," tulisnya di bawah entri bertajuk "Perhimpunan Baju Merah".

Beliau berkata, jika mereka melemparkan kutukan, mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut kaum Cina, mereka hanya akan menunjukkan kepada dunia betapa ceteknya pemikiran mereka.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .