» » SPRM hanya membisu bila ditanya bila Najib Razak akan diambil keterangan atau disiasat dalam skandal 1MDB dan RM2.6 bilion


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak 'kunci mulut' ketika ditanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali sekadar mengesahkan siasatan mengenai kemelut itu masih diteruskan.

"Tak perlulah saya komen mengenai perkara itu. Status siasatan sekarang adalah ianya masih dijalankan, itu sahaja yang saya boleh katakan tanpa mengatakan apa, siapa, bila dan segala yang berkaitan.

"Namun sudah pastinya SPRM adalah sebuah badan bebas, telus dan profesional yang menjalankan siasatan tanpa rasa takut dan berat sebelah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta dalam bengkel di Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini, Khamis.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM memaklumkan bahawa Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .