» » SPRM dan Jabatan Audit Negara akan diperkukuhkan selepas ini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara akan diberikan lebih kuasa untuk mengukuhkan lagi bidang kuasa dan ruang lingkup mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Low berkata, SPRM akan dijadikan satu entiti suruhanjaya berasingan, manakala jabatan audit akan diberikan skop pengauditan yang lebih luas dan memberikan laporannya kepada jawatankuasa khas Parlimen.

"Saya akan melindungi kesucian dan kebebasan SPRM. Saya akan tetap mempertahankannya walau apa pun yang berlaku," kata Low, dalam kenyataan itu.

"Kami sedang dalam proses mengukuhkan dua entiti ini," katanya.

Beliau turut berkata, Putrajaya komited untuk menjadikan pelantikan dan jawatan ketua pesuruhjaya SPRM lebih selamat.

Beliau sebelum ini menafikan kritikan dirinya tidak melakukan sehabis baik dalam isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai menteri yang terlibat dengan tadbir urus dan integriti.

Low berkata, beliau perlu melindungi proses tertentu yang terlibat dalam penyiasatan syarikat berkenaan.

"Integriti bukan hanya semata-mata membasmi rasuah tetapi juga untuk tidak menuduh sesiapa. Saya melindungi proses penyiasatan.

"Saya boleh menjadi hero kepada komuniti tetapi tindakan itu tidak tepat," katanya selepas sesi perasmian Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya hari ini.

Sebagai menteri, Low berkata beliau perlu menunggu siasatan selesai sebelum mendedahkan butirannya kepada orang ramai.

"Ada yang kata saya tidak lakukan sebaiknya. Saya pernah berada di luar sebagai aktivis dan saya sangat vokal tapi bila saya berada dalam Kabinet saya bercakap berhati-hati,” katanya.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberikan ucaptamanya.

Beliau turut dilaporkan berkata, menasihati Najib supaya menarik diri daripada merasmikan IACC kerana khuatir keadaan menjadi 'ganas'.

Persidangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan daripada 130 negara dijadualkan akan tamat pada Jumaat ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .