» » Siasatan audit 6 bulan 1MDB terlalu singkat dan sepatutnya lebih lama


Institut Audit Dalaman Malaysia (IIAM) hari ini mempertahankan KPMG dan Deloitte, yang menjalankan siasatan kewangan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menyifatkan 2 firma audit itu mematuhi kod etika dalam menjaga kerahsiaan pelanggan.

Presiden IIAM Datuk Shabaruddin Ibrahim berkata, juruaudit dalaman perlu bersikap profesional kerana mereka terikat dengan kod etika dan tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kepada awam.

"Kod etika amat penting, kami perlu jaga objektiviti dan kerahsiaan pada tahap tinggi. Macam 1MDB, kita kena beri peluang proses (siasatan) selesai," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas pelancaran "2015 National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Shabaruddin turut menyifatkan tempoh siasatan 6 bulan yang diberikan kepada Jabatan Audit Negara menyiasat 1MDB agak singkat kerana isunya yang kompleks.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .