» » Ramai bakal dipanggil selepas polis teliti gambar dan video BERSIH 4


Polis akan memanggil lebih ramai lagi individu dan peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4 minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata, polis sedang mengkaji klip video dan gambar-gambar semasa perhimpunan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

"Kesalahan sudah berlaku, kita pun tak boleh biarkan ia berlalu pergi," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan polis akan menyiasat semua perkara yang berlaku semasa perhimpunan itu termasuk insiden individu kencing di atas gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita akan siasat semua perbuatan-perbuatan yang tidak berapa manis itu. Kita akan tengok," katanya.

Mengenai insiden individu yang memijak gambar Najib dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khalid berkata pihak polis masih menunggu individu yang terlibat.

Katanya, polis juga mengalu-alukan sesiapa yang mengenali individu yang terlibat itu agar membantu siasatan.

Pada masa sama, beliau juga ditanya mengapa polis membenarkan perhimpunan itu berlangusng tanpa sebarang gangguan pihak berkuasa.

"Ianya haram tetapi kami tidak pernah membenarkannya. Tetapi apabila perkara ini sudah berlangsung, kami berjaya menguruskan dan kami terpaksa mengambil tindakan yang sepatutnya selepas ini," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .