» » Dr Mahathir akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan berkaitan penglibatan dalam BERSIH 4


Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dan disiasat pihak polis berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu selepas laporan polis dibuat seorang ketua Umno bahagian, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara itu berkata, polis akan menyiasat bekas perdana menteri paling berkhidmat itu di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.

"Kita perlu merakam percakapan dia kerana kita sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh ketua bahagaian Umno dan kenyataan yang Tun buat berkenaan rasuah," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid juga enggan mengulas lanjut sama ada Dr Mahathir akan diberikan hak istimewa sebagai negarawan ketika siasatan dijalankan.

Beliau juga enggan memberitahu bila beliau akan memanggil Dr Mahathir.

"Saya tidak mahu bincang mengenai itu sekarang (hak istimewa). Tetapi semestinya dia seorang negarawan. Jadi kita perlu menjaga seorang negarawan kita dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi tanggungjawab polis di mana laporan polis dibuat dan satu kesalahan berlaku. Kita perlu menjalankan siasatan dan menjadi SOP siastaan kita bahawa keterangan-keterangan mereka yang terlibat perlu dirakam," katanya.

Beliau juga yakin bahawa Dr Mahahir sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Saya akan memaklumkan...tapi dia pun dah dimaklumkan," katanya.

Semalam Kahlid memberitahu Dr Mahathir akan dipanggil polis dalam waktu terdekat susulan kehadiran beliau dalam himpunan Bersih 4.

Ketua polis negara itu berkata, keputusan memanggil Dr Mahathir berikutan ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan terbabit.

"Kita akan panggil beliau. Beliau membuat tuduhan dalam ucapannya. Kita akan siasat dari mana Dr Mahathir mendapat maklumat," katanya semalam.

The Malaysian Insider difahamkan, Dr Mahathir kini berada di Jordan dan akan pulang ke Malaysia pada 9 September ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .