» » Penganjur BERSIH enggan dedahkan derma RM2.4 juta yang dikutip kepada polis


Polis hari ini menyoal siasat 7 individu yang menganjurkan Bersih 4 minggu lalu, mengenai butiran rancangan dan pelaksanaan himpunan 2 hari itu termasuk dana RM2.4 juta hasil sumbangan awam.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, polis juga bertanyakan tentang kandungan kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya pada 29 Julai lalu mengenai pelancaran himpunan itu dan butiran setiap ahli jawatankuasa pada 14 Ogos lalu.

"Mereka tanya tentang himpunan itu, bagaimana kami mengendalikannya, cara kami menyuraikan orang awam pada hujung himpunan dan bagaimana kami menguruskan sukarelawan," katanya kepada pemberita selepas bertemu polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

"Kami bagaimanapun menggunakan hak kami untuk tidak menjawab kebanyakan soalan, termasuk hal sumbangan. Kami akan menjawabnya di mahkamah jika didakwa."

Selain Maria, turut disoal polis selama 2 jam setengah adalah ahli sekretariat Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri, dan Adam Adli Abdul Halim.

Mereka ditemani peguam 10 peguam termasuk Datuk Ambiga Sreenevasan, Ramkarpal Singh, Eric Paulsen dan Latheefa Koya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .