» » BERSIH cadang saman SKMM dan Zahid Hamidi kerana cuba sekat BERSIH 4


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sedang mempertimbang akan bertindak ofensif dengan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menteri dalam negeri kerana bertindak di luar kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan Bersih 4.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka kini sedang berunding dengan peguam mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap kedua-dua pihak itu.

Katanya, beberapa percubaan dibuat bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung termasuk tindakan SKMM menyekat laman sesawang Bersih 2.0 (http://www.bersih.org) sejak 27 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengeluarkan perintah mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang "Apa-apa pakaian berwarna berwarna kuning dan mengandungi perkataan 'Bersih 4'" dan "apa-apa bahan bercetak lain serta risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4".

"Kedua-dua tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu dibuat dengan niat jahat.

"Mereka menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan kebebasan bersuara jutaan rakyat Malaysia yang merupakan hak yang sah, dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Polis sudah memanggil 7 ahli jawatankuasa dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan selama 34 jam hujung minggu lalu, yang diisytiharkan pihak berkuasa sebagai perhimpunan haram.

Anggota Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh dan 6 yang lain diminta tampil ke ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perkara itu.

Mandeep berkata 5 peguam akan menemani mereka.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .