» » Peguam Negara pula bersihkan nama Najib Razak


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak pernah terlibat sebarang kesalahan semasa perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Apandi berkata perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia itu berlangsung secara komprehensif dengan kesemua saksi dipanggil memberi keterangan.

“Tidak pernah semasa proses undang-undang yang komprehensif ini menyaksikan nama perdana menteri timbul susulan perbuatan salah,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Najib dikaitkan kembali dalam laporan terbaru Al Jazeera, sekali gus menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Wartawan Mary Ann Jolley pada Jumaat dilapor diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari itu selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap ia mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006 berdasarkan dakwaan tidak benar. Jolly disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan dikhuatiri mendatangkan khianat awam.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .