» » Harga minyak terkini di Malaysia lebih mahal 65 sen dari harga yang sepatutnya


Pertubuhan Bantuan Bertindak Kedah (PBBK) mahu kerajaan mengkaji semula pasaran harga minyak tempatan yang didakwa 65 sen lebih mahal.

Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, ia berikutan pasaran harga minyak dunia turun lebih rendah sejak beberapa hari lalu.

“Saya difahamkan pasaran harga minyak dunia kini sekitar AS$45 (RM194) setong. Kalau ikut kiraan kasar, harga minyak tempatan sekarang sepatutnya dijual RM1.30 seliter.

“Tetapi kerajaan mengambil ketetapan menjual harga minyak RM1.95 seliter atau 65 sen lebih mahal berbanding sepatutnya,” katanya kepada media selepas menghadiri demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di pasar awam Simpang Kuala di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan wajar mengkaji semula pasaran harga minyak tempatan serta memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perbezaan harga itu.

“Jika kerajaan mengikut kaedah apungan sebenar, harga minyak tempatan sepatutnya dijual lebih murah berbanding sekarang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memansuhkan GST serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, tiada kedengaran mengenai pembangunan mahupun infrastruktur dilaksanakan kerajaan, tetapi yang ada hanya kenaikan gaji menteri dan Adun.

“Tindakan ini tidak wajar kerana wakil rakyat sepatutnya merasai kesusahan dialami rakyat tanpa kenaikan gaji mahupun elaun,” katanya.

Bermula 1 Disember 2014, kerajaan menamatkan pemberian subsidi minyak bagi petrol dan diesel.

Harga jualan minyak tempatan bergantung kaedah apungan terurus purata bulanan pasaran minyak dunia.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .