Seorang pegawai kanan polis yang disabitkan dengan empat pertuduhan rasuah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.75 juta.
Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Azmi Osman, 59, yang disabitkan dengan empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah kira-kira RM3.8 juta antara tahun 2002 dan 2005.
Mahkamah turut memerintahkan harta Azmi bernilai kira-kira RM6 juta disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Panel hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan yang perlu dijalani secara berasingan dan denda RM1.75 juta atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Anselm Charles Fernandis dan MOhd Farez Rahman.
Azmi diwakili peguam Adam Yap dan C.N Sritharan.
No comments: