» » Menteri nafi Tidak Laksanakan Apa-apa dalam siasatan skandal 1MDB


Menteri di Jabatan Menteri Datuk Paul Low menafikan kritikan beliau tidak melakukan sehabis baik dalam isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai menteri yang terlibat dengan tadbir urus dan integriti.

Low berkata, beliau perlu melindungi proses tertentu yang terlibat dalam penyiasatan syarikat berkenaan.

"Integriti bukan hanya semata-mata membasmi rasuah tetapi juga untuk tidak menuduh sesiapa. Saya melindungi proses penyiasatan.

"Saya boleh menjadi hero kepada komuniti tetapi tindakan itu tidak tepat," katanya selepas sesi perasmian Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya hari ini.

Sebagai menteri, Low berkata beliau perlu menunggu siasatan selesai sebelum mendedahkan butirannya kepada orang ramai.

"Ada yang kata saya tidak lakukan sebaiknya. Saya pernah berada di luar sebagai aktivis dan saya sangat vokal tapi bila saya berada dalam Kabinet saya bercakap berhati-hati,” katanya.

Katanya, kenyataan untuk orang ramai perlu berdasarkan fakta dan cara paling baik ialah menantikan kebenarannya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .