Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhujah berkaitan perhimpunan BERSIH dengan membandingkannya dengan 'Arab Spring' yang bermula tahun 2010 sehingga mencetuskan rusuhan dan perang saudara di benua itu.
"Ya, kamu boleh marah dengan rasuah, tetapi jika kamu mengajak untuk menjatuhkan kerajaan yang berkuasa maka ia sesuatu yang berbeza," katanya.
Beliau berkata tujuan perhimpunan BERSIH diadakan bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
"Ia seperti 'Arab Spring' kecil... Kamu boleh cakap tentang rasuah, tapi kamu jangan menghakiskan demokrasi berparlimen," katanya.
Paul menjawab soalan berkaitan perhimpunan BERSIH oleh seorang peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini.
sumber
No comments: