Berdekad Malaysia diuruskan dengan baik sejak merdeka tetapi ia kelihatan semakin merosot apabila negara dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu berkata, di bawah Najib, kerajaan hilang sokongan walaupun duit banyak diberikan kepada rakyat.
Beliau turut mengecam keputusan Najib yang melantik pegawai Britain sebagai penasihat dan perunding luar negara dalam pentadbiran Malaysia.
"Menggaji mereka dengan jumlah kos berbilion ringgit tetapi nasihat mereka tidak baik untuk negara.
"Mereka naif dalam politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia," tulisnya melalui blog popularnya chedet.cc.
"Hasilnya, pembangunan Malaysia semakin lembap dan setiap kaum bercakaran antara satu sama lain," katanya.
Dr Mahathir berkata, kemarahan penjawat awam apabila mewujudkan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) untuk ambil alih tugas Unit Perancang Ekonomi, yang didakwa dibayar dengan gaji lumayan berbanding penjawat awam.
"Ia mengundang beberapa penjawat awam yang bersara menyertai pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini," tambahnya.
sumber
No comments: