» » Konspirasi singkirkan Najib Razak dibuat secara demokratik


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini membidas laporan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian yang mendakwa beliau terlibat dalam "konspirasi" bagi menyingkirkan perdana menteri.

Menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi sebegitu dengan mana-mana pihak, Pua berkata, beliau sejujurnya lebih berminat menuntut penjelasan di sebalik dakwaan penyonglapan RM42 bilion dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya ditumpukan akhbar itu.

"Bagaimanapun, di mana elemen jenayah dalam tindakan menyingkirkan perdana menteri jika ia dibuat secara demokratik - jika pun tuduhan 'konspirasi' itu benar?," soal Pua dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai warganegara serta pemimpin, beliau menyeru rakyat negara ini berusaha memecat seorang perdana menteri yang rasuah dan menindas.

"Menyingkirkan seorang perdana menteri ialah sebahagian daripada sistem demokratik jika beliau gagal memenangi keyakinan majoriti wakil rakyat di Parlimen," katanya.

Tony mendakwa nama beliau dikaitkan 2 akhbar itu dengan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam satu konspirasi bagi menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

Tony berkata, beliau mengenali Rewcastle-Brown sejak 2012 lagi apabila blog Sarawak Report melakukan pendedahan berkenaan Sarawak dan Malaysia.

Beliau juga mengaku memanjangkan kepada Rewcastle-Brown, seorang wartawan, cara menghubungi beberapa individu dan ia termasuklah cara menghubungi Datuk Tong Kooi Ong daripada The Edge Media Publications.

"Jika berkongsi maklumat ini dengan wartawan dan organisasi media bererti terlibat dalam 'konspirasi', saya pastinya sudah berkonspirasi dengan setiap organisasi media Malaysia yang meminta maklumat daripada saya," katanya.

Katanya, beliau juga tidak mengenali Xavier Andre Justo yang didapati bersalah memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Pua menegaskan, NST dan Berita Harian sewajarnya kembali fokus kepada berbilion ringgit wang yang didakwa disonglap daripada 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .