» » 1MDB kesal kenyataan spekulatif adik Najib Razak


Dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkenaan peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

Ia juga menjelaskan yang Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, pernah bertemu Samad, sekaligus menafikan dakwaannya yang permintaan beliau untuk mendapatkan maklumat tentang operasi 1MDB tidak diendahkan.

"Kami kesal hari ini pihak ketiga seperti Nazir, yang tiada maklumat terus berkenaan faktanya, mengeluarkan pandangan spekulatif berkenaan kenyataan tertentu Samad.

"1MDB mengesahkan yang Arul bertemu Samad pada Januari dan Mac tahun ini membincangkan hal ehwal syarikat.

"Ia termasuklah persembahan slaid berkenaan unjuran hutang dan tanggungan faedah syarikat, serta perbincangan tentang cadangan bagi mengatasi isu-isu utama dihadapi negara," kata 1MDB dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat milik Kementerian Kewangan itu, Samad juga tidak pernah "meminta berulang kali" penjelasan 1MDB serta dokumen berkaitan perjalanan syarikat sedia ada dalam ruang lingkup awam.

"Beliau mempunyai cara menghubungi ahli lembaga pengarah 1MDB termasuklah nombor telefon Arul," katanya.

Justeru kata 1MDB, pihaknya sudah menghantar sepucuk surat memohon bertemu Samad bagi memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkannya.

"Sekali lagi kami tegaskan yang kami menghargai sokongan serta input beliau kepada syarikat," katanya.

Semalam, Samad mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) itu berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur, semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .