» » Kerajaan akan tafsir ‘sabotaj’ ikut suka hati mereka dan kenakan tindakan pada yang bongkar skandal 1MDB


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih cuba memahami Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, terutamanya berhubung kesalahan mensabotaj.

Diminta mengulas mengenai penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, Dr Mahathir berkata tidak ada definisi khusus mengenai sabotaj dinyatakan dalam akta itu, membuatkannya terbuka kepada tafsiran kerajaan.

"Ia menyebut sesuatu tentang sabotaj, tetapi tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengannya, jadi kalau anda pijak atas gambar pun, ia boleh dianggap sabotaj.

"Jadi, apa saja boleh disifatkan sebagai sabotaj, bergantung kepada kerajaan.

"Dan kalau kerajaan kata apa yang anda buat ialah sabotaj, maka sabotajlah ia; kalau anda didapati bersalah, anda akan dihukum penjara seumur hidup," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Melaka hari ini.

Khairuddin yang dimasukkan ke hospital malam tadi kerana disyaki demam denggi, ditahan semula pada Rabu di bawah Sosma, undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu pertama kali ditangkap polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu selepas sebelum itu dihalang dari mengambil penerbangan ke luar negara bersama peguamnya.

Selepas melalui tahanan reman selama enam hari, beliau ditahan mengikut Sosma kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberi tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara.

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .