» » Kenapa usir wartawan Al Jazeera kerana penerbitan dokumentari Altantuya ?

Pengusiran seorang wartawan Al Jazeera yang sedang membongkar persoalan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menimbulkan tandatanya mengapa ia begitu sensitif kepada pihak berkuasa Malaysia, kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya boleh berdepan dengan persoalan yang dibangkitkan wartawan itu jika beliau tiada kaitan dengan wanita Mongolia itu atau kes tahun 2006 itu.

"Mengapa kes pembunuhan Altantuya begitu sensitif hinggakan wartawan program hal ehwal semasa 101 Asia Timur Al Jazeera, Mary Ann Jolley, terpaksa dihantar pulang ketika dia membuat laporan berbentuk penyiasatan mengenai pembunuhan kejam itu?

"Adakah laporan penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Altantuya tidak boleh disentuh di Malaysia, bagi mana-mana wartawan, cetak mahupun atas talian, tempatan atau luar negara?" soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau bertanya sama ada Najib akan mengarahkan pihak polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya selepas pembongkaran dokumentari itu, yang disiarkan hari ini Al Jazeera.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .