» » Kebimbangan pada 'racun' rokok elektrik atau vapor makin meningkat di Amerika Syarikat


Kebimbangan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vapor semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) negara itu digesa memperkenal label amaran.

Gesaan itu dibuat oleh 33 negeri di AS yang mahukan amaran kesihatan dinyatakan pada cecair nikotin dan produk berkaitan tembakau yang lain, Reuters.

Peguam-peguam negeri pada Selasa berkata tindakan segera harus diambil susulan insiden keracunan cecair nikotin meningkat di kalangan kanak-kanak.

Tiga bulan lalu empat pembuat cecair nikotin untuk rokok elektronik di negara itu didenda kerana pembungkusannya yang mudah dibuka kanak-kanak.

Ia bertentangan dengan undang-undang negara itu yang digubal tahun lalu.

Seramai 3,700 kanak-kanak terdedah kepada cecair nikotin, seperti dilaporkan kepada pusat kawalan racun AS pada 2014.

Seperti Malaysia, penggunaan rokok tradisional juga semakin menurun di negara maju seperti Amerika Syarikat. Bagaimanapun pasaran rokok elektronik pula semakin meningkat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .