» » Jerebu 2015 makin parah dan kesannya IPU tidak sihat di 33 kawasan di seluruh Malaysia pada 15 September 2015


Tiga puluh tiga kawasan di seluruh negara masih mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pada jam 6 pagi ini, paling teruk di Banting (Selangor) dan Batu Muda (Kuala Lumpur ) dengan bacaan IPU pada 188, dan SK Jalan Pegoh, Ipoh (Perak) pada 187.

Kawasan lain dengan kualiti udara yang teruk termasuk: Nilai (181), Putrajaya (179), Jalan Tasek, Ipoh (179), Pelabuhan Klang (177), Bukit Rambai (177), Seremban (177), Port Dickson (171), Balok Baru, Kuantan (168), Seri Manjung (167), Shah Alam (166), Kemaman (165), Seberang Jaya 2 (165), Bandaraya Melaka (162) dan Petaling Jaya (161).

Hanya Kangar di Perlis dan Langkawi di Kedah merekodkan kualiti udara sihat.

IPU dalam lingkungan 0-50 adalah baik, 51-100 sederhana, 100-200 tidak sihat, 200 hingga 300 sangat tidak sihat; dan 300 ke atas, berbahaya.

Lewat malam tadi, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

"IPU menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan itu.

Pada satu majlis di Kedah petang semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang ditetapkan Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .