» » Dr Mahathir rayu wakil rakyat BN sokong undi tidak percaya pada Najib Razak yang korup


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon ahli Parlimen Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis di blog popularnya, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sekali lagi mengingatkan wakil rakyat BN yang sekiranya usul undi tersebut berjaya dan Najib disingkirkan, ia tidak bermakna kerajaan BN turut digulingkan.

"BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," katanya.

Dr Mahathir berkata selagi Najib berkuasa, selagi itulah negara akan terus dilanda masalah.

Katanya, ekonomi akan terus merosot, nilai ringgit dan saham jatuh, kos sara hidup meningkat akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah serta berbilion duit rakyat disalahgunakan.

"Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib," beliau memberi amaran.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .