PKR hari ini menggesa kerajaan menjelaskan hasratnya membeli sebuah kapal perang bernilai AS$3.5 bilion (RM14 bilion), seperti didakwa majalah The International Business Times pada 26 Ogos lalu.
Setiausaha agungnya Rafizi Ramli pada satu sidang media hari ini mempertikaikan masa pembelian itu yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum.
Menurutnya, pemilihan kapal perang yang dilaporkan berasal dari Rusia itu mempunyai perincian berbeza dengan strategi persenjataan Malaysia.
"Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baharu mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?
"Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal.
"Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya di ibu pejabat parti itu pagi ini.
sumber
No comments: