Oleh kerana tragedi kren tumbang ini kesan dari projek pembesaran dan memperindahkan Masjidil Haram, timbul tanda tanya apakah Masjidil Haram ini perlu dibesarkan dan diperindahkan begitu rupa?
Tentunya umat Islam mengalu-alukan apa jua usaha untuk memperbaiki kemudahan dan meningkatkan keselesaan tetamu Allah.
Tapi kita tahu, itu semua melibatkan kos yang akhirnya akan ditanggung oleh para tetamu Allah melalui peningkatan levi lawatan.
Mempertingkatkan kemudahan di Arafah dan Mina adalah sangat dialu-alukan. Walaupun ianya digunakan setahun sekali tetapi oleh kerana tragedi-tragedi yang lalu banyak berlaku di Mina, ia menjadi satu prioriti.

Tetapi amat malang jika dengan memperindahkan Masjidil Haram dan membangun hotel-hotel mewah dan mahal di sekitarnya menyebabkan kos umrah dan haji dikomersilkan.
Ini akan menyebabkan majoriti umat Islam di negara yang sedang dan kurang membangun tidak mampu lagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Ini akan menyebabkan majoriti umat Islam di negara yang sedang dan kurang membangun tidak mampu lagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Kalaupun ada dengan pakej yang murah, mereka terpaksa tinggal di hotel-hotel yang jaraknya lebih 1km dari Masjidil Haram.
Dan ketika di Mina mereka terpaksa tinggal 3km dari tempat melontar jamrah.
Bayangkan kalau seseorang terpaksa menabung dan hanya mampu pergi haji ketika umur menjangkau 70 tahun. Amat berat bagi mereka untuk menapak sejauh 3km setiap hendak melontar jamrah dan terpaksa melakukannya 3 hari berturut-turut.

Lainlah satu hari nanti akan diadakan perkhidmatan LRT atau monorail di sekitar Mina dan Arafah dan perkhidmatan ini meliputi seluruh tetamu Allah.
Itu yang menyebabkan ada di antara Jemaah akhirnya tidak solat di Masjidil Haram walaupun pahalanya sangat besar dan itulah tujuan utama mereka ke Mekah.
Itu yang menyebabkan ada di antara Jemaah akhirnya tidak solat di Masjidil Haram walaupun pahalanya sangat besar dan itulah tujuan utama mereka ke Mekah.
Ada juga yang terpaksa bermalam di bawah jembatan di Mina kerana tidak larat untuk berulang-alik 6 km setiap kali mahu melontar jamrah.
Hakikatnya, pakej tabung haji muasasah sekarang sudah bernilai sekitar RM 12 ribu. Ini belum termasuk wang saku dan perbelanjaan persendirian.
Hakikatnya, pakej tabung haji muasasah sekarang sudah bernilai sekitar RM 12 ribu. Ini belum termasuk wang saku dan perbelanjaan persendirian.
Pakej swasta yang paling murah juga kini telah mencecah RM 35 ribu. Dan ini akan terus naik dari tahun ke tahun.
Pasti tidak terjangkau oleh si nelayan, si penoreh getah dan pekebun kecil. Dan bila hostel-hostel dan hotel-hotel sederhana murah yang kedudukannya sekitar 300-500 meter dari Masjidil Haram dirobohkan, pasti harga itu akan melambong lagi.
Peninggalan sejarah menjadi mangsa
Di aspek yang lain pula pembangunan dan pengindahan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah ini juga turut memangsakan bahan-bahan sejarah yang sangat berharga terutama yang berhubung kait dengan permulaan Islam di Mekah dan kehidupan Nabi SAW.
Tidak ada lagi tempat kelahiran Nabi SAW. Tidak ada lagi lokasi Rumah Nabi dan isteri kesayangan baginda, Khadijah RA.

Begitu juga kesan-kesan sejarah lain di sekitar Ka’abah dan di persekitarannya yang boleh mengimbau sejarah dan semangat Sabiqun Awalun dalam mengembangkan Islam pada awal sejarah Islam.
Tapi yang ada sekarang dan dimegahkan ialah menara jam yang paling tinggi di dunia yang turut mengerdilkan kebesaran Ka’abah itu sendiri.
Mungkin ada sebab kenapa pihak berkuasa Saudi berbuat demikian.

Kalau pun tujuannya untuk menjauhkan khurafat, pasti ada cara lain yang boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan bahan-bahan sejarah yang berharga itu.
Ini belum lagi bahan sejarah peninggalan khilafah Uthmaniyah Turki yang turut hilang.
Ini belum lagi bahan sejarah peninggalan khilafah Uthmaniyah Turki yang turut hilang.
Kita maklum projek asal pembinaan Masjidil Haram yang moden dibina oleh kerajaan Uthmaniyah Turki ketika Jazeerah Arab termasuk dalam wilayah pemerintahan khilafah Uthmaniyah Turki.
Dan Ibnu Saud lah yang yang telah membebaskan Jazeerah Arab dari Kerajaan Uthman dan menubuhkan negara Arab Saudi.
Maka tidak hairanlah kalau saki baki peninggalan kerajaan Uthmaniyah di sekeliling Ka’abah ditiadakan.
Kini kita sedang berhadapan dengan pembinaan besar-besaran di Mekah dan Madinah, umrah dan haji yang telah dikomersilkan.
Kini kita sedang berhadapan dengan pembinaan besar-besaran di Mekah dan Madinah, umrah dan haji yang telah dikomersilkan.
Kos akan terus meningkat untuk melaksakan ibadah umrah dan rukun Islam kelima.
Ummah Islam akan jadi tidak mampu dan umrah dan haji hanya untuk golongan elit yang kaya.
Ummah Islam akan jadi tidak mampu dan umrah dan haji hanya untuk golongan elit yang kaya.
No comments: