» » Akta baharu bantu individu bankrap dibentang di Parlimen pada 2016 nanti


Draf cadangan undang-undang baharu menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) yang memberi peluang kedua kepada individu pernah diisytiharkan bankrap, kini sudah diperingkatkan akhir untuk dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata selepas draf undang-undang itu dimuktamadkan, ia akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

"Saya yakin, dengan penggubalan undang-undang kebankrapan yang mengambil kira peluang kedua lebih-lebih lagi kepada golongan muda daripada terus dibankrapkan, akan dapat menangani masalah bankrap di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Forum Pendidikan Kewangan Bijak anjuran bersama anggota Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Lawas, Limbang hari ini.

Nancy berkata individu berusia antara 35 dan 44 tahun merupakan golongan paling tinggi bankrap setiap tahun berdasarkan statistik dari 2011 hingga Ogos 2015.

"Dalam tempoh itu, jumlah golongan itu yang bankrap ialah sebanyak 33,536 orang daripada keseluruhan 95,173 individu bankrap," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .