Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menggesa sebuah protes besar melibatkan 100,000 orang diadakan sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Marilah adakan perhimpunan di mana 100,000 orang daripada pelbagai latar berkumpul – sudah tentunya aman – bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri,” katanya.
Zaid juga berharap Menteri Besar Selangor Azmin Ali dapat menyediakan stadium dan sokongan yang diperlukan untuk perhimpunan besar itu sebelum 31 Ogos.
Zaid juga berharap pemimpin pembangkang dan Umno yang kritikal, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat berkongsi pentas.
“...untuk isytihar kepada orang ramai walaupun terdapat perbezaan politik, mereka akan bersatu untuk selamatkan Malaysia,” katanya di blog hari ini.
“Pemimpin-pemimpin ini tidak harus membenarkan orang yang mencuri dan merompak kekayaan negara terlepas.
“Mereka harus tunjukkan kepada rakyat kuasa setiakawan menentang rasuah dan salah guna kuasa. Mereka mesti kembalikan keyakinan terhadap dasar-dasar kita dan Pejabat Peguam Negara kita."
No comments: