» » Gabungan pemimpin pelajar mula curiga dengan tindak-tanduk Najib Razak berkaitan skandal RM2.6 bilion

Episod ketirisan dan agenda menindas rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak bagaikan bertali arus.

Ia bermula dengan peningkatan harga barangan yang disambut dengan implementasi GST sehingga skandal kewangan syarikat pelaburan nasional 1MDB yang mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan melemahkan pasaran bon negara.

Kami, barisan pemimpin mahasiswa mewakili golongan mahasiswa seluruh Malaysia menzahirkan kegusaran terhadap kepimpinan Najib.

Kami menggesa beliau untuk memberi penjelasan mengenai persoalan yang timbul mengenai hutang 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan pemindahan wang bernilai USD700 juta ke akaun peribadi beliau.

1. Kewujudan akaun peribadi milik Najib seperti yang didedahkan Wall Street Journal.

2. Penggunaan wang di dalam akaun peribadi tersebut untuk tujuan peribadi dan parti.

3. Kesediaan Najib mengisytiharkan harta sepanjang menjadi perdana menteri dan menjelaskan sumber perbelanjaan mewah beliau dan keluarga.

Rakyat sudah muak dengan polemik dan permainan politik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib .

Perwakilan mahasiswa seluruh Malaysia nyata kecewa dengan sikap tidak profesional dan menuntut kerajaan segera menghentikan sandiwara dan mula mengutamakan rakyat.

Adakah slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sekadar laungan retorik?’


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet walapun sah di sisi undang-undang.

Namun tindakan Datuk Seri bersifat tidak bermoral lagi tidak berasas dan dilihat bersifat 'politically driven'.

Perkara ini secara langsung membunuh kualiti 'keterbukaan kerajaan' dalam menerima kritikan.


Mahasiswa melihat integriti dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan teramat penting untuk direjuvenasikan bagi membina negara Malaysia yang lebih matang dan berdaya saing.


Selain itu, kerajaan perlu mengangkat suara mahasiswa sebagai ejen ‘check & balance’ negara yang juga merupakan aset negara paling bernilai (modal intelek).

Memetik kata Profesor Diraja Ungku Aziz semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya pada 25 Jun 1971.

Wahai Datuk Seri Najib hayatilah petikan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz;

“Saya dengan ikhlas tidak takut mengatakan saya menyanjung tinggi hasrat mahasiswa hendak melakukan peranan sebagai 'conscience' negara. Pemimpin yang menyeleweng perlu ditunjukkan haluannya, rasuah perlu dibongkarkan, keadaan terbiar perlu diberi perhatian sewajarnya dan kemiskinan desa serta tindasan buruh yang semuanya merupakan penyakit masyarakat harus menjadi perhatian golongan pemuda-pemudi amnya dan MAHASISWA khususnya".

Selamatkan Malaysia!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .