» » Zahid Komedi Hamidi dakwa dalang komplot gulingkan kerajaan batal pertemuan dengan Najib Razak


Pemimpin Umno yang menjadi dalang plot menjatuhkan kerajaan membatalkan mesyuarat Ahad lepas dengan Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 2 hari selepas beliau mengumumkan individu berkenaan menyesal.

Timbalan perdana menteri berkata hari ini, beliau tidak tahu bila mesyuarat dijadualkan semula dan akan memastikan ia berlaku.

"Mesyuarat antara individu berkenaan dengan perdana menteri yang sepatutnya diadakan sudah dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

"Saya difahamkan wartawan berkumpul di luar kediaman perdana menteri, tetapi berdasarkan permintaannya, pertemuan itu dibatalkan.

"Saya tidak tahu bila yang baharu (pertemuan) akan ditetapkan tetapi saya akan pastikan ia berlaku."

Apabila ditanya mengapa individu berkenaan membatalkan mesyuarat, Zahid berkata secara berseloroh, "kerana ramai wartawan tunggu dia."

Walaupun Zahid yakin pemimpin Umno itu mengetuai plot menggulingkan kerajaan, beliau berkata tiada tangkapan boleh dibuat.

"Satu laporan polis dibuat. Prosesnya adalah apabila laporan dibuat, maka siasatan dijalankan," kata Zahid.

Beliau menambah sudah mengemukakan maklumat yang diperoleh tetapi enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan kerana bimbang ia mengganggu siasatan.

Pada Ahad, Zahid berkata pemimpin Umno itu bercadang bertemu Najib kerana "sudah sedar" dan akibat perancangannya.

"Sehingga malam tadi saya diberitahu individu berkenaan menyedari tindakannya adalah salah.

"Jadi dia akan bertemu perdana menteri dan presiden Umno mengenai perkara itu petang ini (jam 6 petang)," beliau dipetik sebagai berkata ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Tampin Ahad.

Zahid pertama kali mendedahkan plot menggulingkan kerajaan pada Sabtu dan berikrar tidak akan membenarkannya berlaku.

Beliau berkata mengetahui pemimpin Umno itu sedang mengetuai plot dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata mereka sedang mendapatkan tandatangan kedua-dua ahli Parlimen BN dan pembangkang bagi akuan berkanun untuk menukar kerajaan.

Ini menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menafikan mempunyai sebarang penglibatan dalam konspirasi dikatakan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .