» » UMNO faham kekecewaan anak Najib Razak akibat bapanya dikutuk dan dikeji setip hari oleh rakyat M'sia


Anggota Majlis Tertinggi Umno faham dengan kekecewaan anak perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib terhadap serangan bertalu-talu yang dilontarkan kepada bapanya Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara itu, Datuk Irmohizam Ibrahim kritikan yang dilontarkan secara berlebihan boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai negara yang dihormati dunia dan ASEAN.

"Setiap kritikan tidak berasas terhadap perdana menteri akan memberi kesan dan dipandang negatif oleh orang luar.


"Jadi, forum terbaik adalah parlimen yang terbuka untuk pemimpin-pemimpin membahaskan isu yang berbangkit," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nazifuddin.

Irmohizam yang juga MP Kuala Selangor berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah banyak menjelaskan tuduhan ke atas perdana menteri.

SPRM sebelum ini menjelaskan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun Najib adalah derma dan bukan daripada 1MDB.

Nazifuddin semalam dilapor melahirkan rasa kecewa dengan serangan bertalu-talu oleh pelbagai pihak yang mengkritik Najib.

Nazifuddin: Pelabur takut

Malah menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan terhadap bapanya itu boleh merugikan negara dan menyebabkan rakyat menderita, lapor Mingguan Malaysia.

“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup mengorbankan negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara dalam keadaan tidak stabil.

“Ia sekali gus menyebabkan nilai matawang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia versi Ahad.

Nazifuddin berkata, tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.

"Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaiki keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.

"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," beliau dipetik sebagai berkata.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .