» » Tony Pua desak CEO 1MDB jawab pemindahan USD1.2 bilion kepada syarikat Jho Low


Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy seharusnya menjawab soalan yang mudah bagi meredakan tanggapan umum yang wujud salah urus dan penyelewengan dalam dana negara itu, jika benar dakwaannya syarikat itu terbuka untuk siasatan dengan menyifatkannya sebagai "open book", kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Arul boleh mulakan dengan menjawab soalan yang tidak terjawab selama 6 bulan – adakah 1MDB memindahkan hampir AS$1.2 bilion kepada Gold Star Limited, syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Jho Low.

Beliau juga menggesa Arul menjawab sama ada benar hutang dana itu meningkat daripada RM42 bilion kepada hampir RM50 bilion setakat ini dan sama ada 1MDB memalsukan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada bank.

Beliau turut mempersoalkan berapa banyak 1MDB membayar Aabar atau International Petroleum Investment Corporation (IPIC) untuk menebus pilihannya.

"Kenapa Arul tidak boleh menjawab soalan-soalan ini bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai dan syak wasangka yang wujud salah urus dan penyelewengan dalam anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan?

"Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab atas tercemarnya kredibiliti 1MDB daripada eksekutif tertinggi 1MDB sendiri kerana enggan bersikap telus dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, beliau mendakwa, Arul memberikan jawapan mengikut skrip dalam satu wawancara dengan stesen televisyen milik Umno pada program Soal Jawab TV3 yang disiarkan 12 Ogos lalu, kononnya bagi menghapuskan kritikan tidak wajar terhadap syarikat itu.

Dalam temu bual itu, Arul menyifatkan 1MDB sebagai syarikat yang paling teruk disiasat di negara ini dan menyuarakan kekesalan terhadap keputusan menangguhkan inkuiri Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasatnya.

Beliau berkata, 1MDB tidak sabar untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .