» » Najib Razak salahkan mainan politik Malaysia sebagai punca Ringgit jatuh


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyalahkan suasana politik negara yang disifatkannya penuh "mainan dan spekulasi" sebagai punca yang menyebabkan nilai ringgit merudum.

Menulis menerusi blog beliau NajibRazak.com, Najib yang juga menteri kewangan bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian tentang "spekulasi" yang dimaksudkan.

"Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika.

"Kejatuhan wang ringgit berlaku atas beberapa faktor seperti berikut (iaitu) adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara," katanya.

Kenyataan Najib itu dibuat ketika nilai tukaran matawang ringgit kini merosot jatuh kepada RM4 bagi setiap AS$1.

Beliau turut menyenaraikan beberapa "faktor luaran" lain yang menyumbang kepada penyusutan itu iaitu:

* Tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara Asean yang lain;

* Penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia pengeluar komoditi tersebut; dan

* Jangkaan yang Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.

Dalam masa sama, Najib memberi jaminan beliau akan melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan.

"Saya memberi jaminan kerajaan akan cuba sedaya upaya menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara," katanya.

Beliau juga cuba meyakinkan rakyat yang ekonomi negara masih berada dalam keadaan memuaskan.

"Berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman, termasuklah lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, hari ini dalam laporan terkini Bank Negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .