» » 'Sejumlah RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun Najib Razak datangnya dari SRC International'


Tangkapan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pihak polis telah menjejaskan siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Ini selepas dua penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International, ditangkap polis malam tadi selepas menghadirkan diri di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Sebanyak RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, berasal dari SRC International.

Sama ada tangkapan tersebut menjejaskan kes yang disiasat oleh SPRM itu, Mustafar dalam satu kenyataan lewat malam tadi berkata tindakan polis itu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran proses siasatan kerana peralatan pegawai itu, seperti komputer riba, dirampas.

Menurutnya, pejabat dan rumah kedua-dua pegawai SPRM itu juga turut digeledah.

Salah seorang daripadanya, kata Mustafar, adalah pegawai penyiasat kes SRC International.

Beberapa pegawai penyiasat SPRM disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin telah bersumpah untuk mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, adalah menjadi satu kesalahan untuk menghalang siasatan SPRM.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .