» » Nasihatkan Najib Razak bercuti hingga selesai siasatan skandal 1MDB


Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu menasihatkan Perdana Menteri supaya bercuti selagi siasatan 1MDB selesai.

Menurutnya, ia bagi membolehkan siasatan telus dilakukan dan jika ada kes, Datuk Seri Najib Razak perlu didakwa di mahkamah.

"PM sepatutnya bercuti untuk disiasat secara telus kemudian kalau ada kes didakwa dimahkamah barulah kita lihat Malaysia serius memerangi rasuah," ujarnya ketika ditemui selepas hadir di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga memberitahu, kehadiran mereka ke SPRM bagi memberi sokongan moral kepada kakitangan agensi penguatkuasaan itu selepas didakwanya tercalar akibat tindakan polis menahan beberapa pegawainya bagi siasatan kebocoran maklumat berkaitan 1MDB.

"Kita tidak mahu tuduhan berterusan bahawa SPRM tidak ada kuasa terutama dalam menyiasat mereka yang berjawatan tinggi.

"Apa yang berlaku beberapa hari lepas melahirkan persepsi baru yang SPRM tidak ada kuasa dan boleh diganggu oleh jabatan lain.

"Kami datang bagi sokongan supaya SPRM betul-betul jadi badan berwibawa," ujarnya.

Sementara itu, Ki Siang juga membela SPRM dan mahu kakitangan awam itu terus menjadi patriot membanteras rasuah di negara ini.

"Kami mewakili rakyat Malaysia untuk beri sokongan kepada SPRM dan tak mahu agensi penguatkuasaan 'berlawan' sesama sendiri," ujarnya.

Bagi Wan Azizah, penahanan pegawai SPRM oleh polis menjadikan imej Malaysia dihat buruk pada mata pihak antarabangsa dan wajar ditangani segera.

Dalam pada itu, Pegawai Khas Ketua Pengarah SPRM, Rohaizad Yaakob mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyokong mereka dan berjanji pihaknya akan menjalankan tugas sebaik mungkin dan amanah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .