» » 'Saya akan cuba fahami mesej tersirat di sebalik ucapan kesat Anina'


Walaupun kata-kata kesat digunakan oleh ahli Umno Langkawi, Anina Saaduddin, terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak, apa yang penting ialah memahami mesej yang beliau cuba sampaikan, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini.

Menurut portal berita Malaysiakini, ahli Majlis Tertinggi Umno itu melahirkan kekecewaan terhadap cara anggota sayap Wanita parti itu berkata-kata, tetapi, beliau tetap akan cuba memahami mesej yang tersirat di sebaliknya.

Beliau mengulas video yang viral baru-baru ini, menunjukkan Anina yang berucap pada mesyuarat agung bahagian, menggunakan ungkapan seperti "Najib dah kencing tiga juta ahli Umno" dan Najib perlu "dibawa pergi berubat".

"Apabila kita buat keputusan, ia mesti berdasarkan maklumbalas yang diterima dari akar umbi. Tetapi kadang-kadang mereka mengatakannya menggunakan perkataan yang kesat.

"Itu yang saya boleh katakan kecewa. Bukan sedikit, tetapi memang kecewa," Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, dipetik berkata portal berita itu.

Beliau berkata, Umno perlu terbuka kepada apa yang ahli katakan kerana mereka membawa suara akar umbi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .