» » 'Sampai bila nak tunggu siasatan skandal 1MDB siap ?'


Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mempersoalkan sampai bila rakyat perlu menunggu siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu disiapkan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, rakyat tidak boleh lagi bersabar dalam isu membabitkan 1MDB yang kini menggugat kestabilan dalam negara dan menggesa supaya siasatan disiapkan segera.

"Perdana menteri kata tunggu, tunggu dan tunggu.

"Berapa lama lagi lah nak tunggu? Sampai bulan jatuh ke riba?" kata Muhyiddin semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian di Johor petang ini.

Muhyiddin berkata tempoh yang diberikan untuk menyiasat 1MDB sudah terlalu lama dan tidak menolak perkara ini akan menyebabkan orang tidak percaya lagi dengan sebarang penjelasan dibuat kerajaan.

"Nak menunggu pun ada tempoh waktu yang boleh dianggap munasabah.

"Tapi apabila dah lepas tempoh itu, kamu boleh kata apa sahaja tapi kami tidak akan percaya kamu," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menggesa supaya tidak ada campur tangan dalam siasatan yang sedang dijalankan walaupun menyedari pasukan khas yang ditubuhkan sudah dibubarkan.

"Saya menyokong penuh siasatan ke atas 1MDB walaupun tiada lagi pasukan khas.

"Pasukan khas ini kena kacau, tak tahu mengapa nak dikacau. Mereka nak buat kerja, jangan ganggu mereka," katanya merujuk kepada agensi dalam pasukan petugas khas yang terdiri daripada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .