» » Kenapa Najib Razak takut sangat soalan Muhyiddin berkaitan skandal 1MDB hinggap pecat beliau ?


Berbuih mulut selaku perdana menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa dakwaan lantikan Kabinet yang baharu bukan “pak turut”. Di serata jejakkan kakinya Najib membela tindakan menyingkirkan beberapa menteri yang selama ini berjasa kepadanya. 

Selepas menyingkirkan orang nombor 2 dalam Kabinetnya Julai yang lalu, Najib seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu yang menjadi punca tindakan yang dilakukannya. Persoalan demi persoalan sebelum dan selepas penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi tiada jawapan konkrit yang dapat didengar.

Persoalan yang paling besar setakat ini adalah berkenaan dengan mengapa Muhyiddin disingkir? Soalan itu berkait dengan persoalan ke-2: “Apa salah Muhyiddin?”. Inilah yang menjadi titik soal sehingga hari ini selepas tindakan yang agak drastik itu dilakukan.

Jika bukan soal pak turut jadi persoalan apa yang harus dijawab oleh seorang perdana menteri? Adakah kerana keinginan di pihak Najib mula diganggu, dipersoal dan ditanya oleh Muhyiddin sehingga dia disingkirkan oleh kabinet kali ini?

Inilah persoalan yang terus berkait dan cuba diteka oleh sebahagian besar golongan masyarakat atau rakyat di Malaysia.

Biar berjuta kali pun dinafikan bukan pak turut namun manifestasinya tidak jelas kerana segala bukti masih tidak berjaya dipamerkan untuk seluruh rakyat akui akan kesilapan yang dilakukan oleh Muhyiddin – jika ada.

Di mana punca sebenar sehingga menyebabkan Muhyiddin disingkir atau dipecat sebegitu rupa?

Dalam sebuah pengurusan dan organisasi sebuah syarikat, prestasi seseorang penjawat akan diukur dengan hasil kerjanya dan jika berlaku kes yang membabitkan kerosakan atau kerugian pada syarikat itulah yang akan membuatkan penjawat tersebut diambil tindakan seperti gantung kerja atau dibuang kerja.

Dari situlah ukuran sebuah organisasi bagi mencerminkan tindak tanduk seorang kepala dalam pengurusan agar ia dapat dipastikan memberi kebaikan kepada organisasi tersebut.

Jelas sehingga hari ini rakyat Malaysia masih terpinga tanpa mengetahui mengenai ukuran prestasi Muhyiddin adakah baik atau buruk?

Kalau ditafsirkan mengikut pandangan kasar selepas penyingkiran Muhyiddin, boleh diteka ukuran prestasi beliau sebenarnya teruk atau buruk. Tapi persoalan seterusnya yang timbul di mana atau apakah buruknya itu?

Apa yang pasti melalui ukuran prestasi kerja dalam jawatan menteri hari ini, pastinya jawatan menteri kewangan yang sepatutnya disingkirkan. Ini kerana prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat semakin teruk sehingga mencecah RM4 berbanding AS$1.

Ia mencerminkan betapa teruknya ekonomi di Malaysia hari ini dan bertambah lagi parah, isu berbangkit dalam soal penyalahgunaan kuasa turut dikaitkan pada batang tubuh menteri kewangan itu sendiri.

Portfolio yang memegang jawatan menteri kewangan itu adalah Najib sendiri. Selaku perdana menteri, dia juga adalah menteri kewangan. Najib seharusnya dipertanggungjawabkan dengan kemelesetan atau keruntuhan ekonomi yang sedang berlaku kerana dia adalah menteri kewangan.

Kalau diukur antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri (sebelum ini) bolehlah dikatakan prestasi Muhyiddin lebih baik berbanding dengan prestasi jelas Najib yang semakin hari semakin teruk.

Sepatutnya untuk menyelamatkan Malaysia dari penjawat yang berprestasi teruk dan buruk tentulah Najib yang perlu disingkirkan bukan Muhyiddin.

Jadi jelaslah apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendak politik peribadi bukan kehendak politik rakyat dan negara.

Penyingkiran tanpa sebarang alasan dan sebab inilah yang menjadi punca mengapa Najib dituduh menyusun pak turut.

Gemba-gembur yang menyatakan Muhyiddin dan Najib tidak sebulu sebelum penyingkiran sudah pun direalisasikan oleh Najib sendiri dengan memecat Muhyiddin Julai lalu.

Mungkin Najib rasa tergugat bila orang nombor 2 waktu itu mempertikaikan mengenai derma RM2.6 bilion.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .